RSS

Friday, December 10, 2010

Pengacara Anugerah Skrin 2010 :Vanidah Imran & Awal Ashaari


Muka baru bagi mengacarakan anugerah berprestij Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember ini, Vanidah dan Awal.Selalu pengacara Anugerah Skrin mesti yang mempunyai karakter untuk berlawak tapi kali ni ada kelainan. Nampaknya rezeki 2 orang pelakon ni memang mencurah-curah. Vanidah baru sahaja dapat jadi hos Nona, dan Awal dengan rancangan Fuhh!

"Secara keseluruhan, ASK 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2010 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini."


2 pengacara baru ni memang berbakat, boleh berlakon dan mengacara. Tabik lah dekat diorang ni, semua nak sapu..hehe.. Inilah rezeki namanya. Nak tahu macam mana gandingan mereka berdua ni menjadi pengacara, saksikan Anugerah Skrin nanti.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.