RSS

Wednesday, December 1, 2010

Pendidikan seks. Apa pendapat anda?


"Kelmarin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Julaidi Bujang, berkata kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Januari depan. Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yakin ibu bapa sudah bersedia dan terbuka menerima pengenalan elemen pendidikan seks dalam subjek Pendidikan Kesihatan, tahun depan."


Sahaja nak tahu apa pendapat korang pula. Adakah perlu pendidikan seks ni diperkenalkan?

Aku bukan apa, sekarang ni tak ajar lagi pasal pendidikan seks ni pun dah banyak kes sosial. Takut budak-budak ni mengaplikasikan pula. Lagipun budak baru darjah satu, rasanya diorang memang kosong lagi bab-bab macam ni. Dari tak tahu jadilah tahu.

Nak tak nak kena terima jelah. Kita tengok kesannya nanti bila mata pelajaran ni mula diajar. Cikgu-cikgu yang ajar subjek ni jangan nak lebih-lebih pula ye.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

NICK IRFAN said...

huh! no komen! hehe

Fitrihadi said...

pendidikan seks bagus untuk elakkan kes buang anak dan gejala sosial yang semakin parah di kalangan anak melayu sekarang ni..

- zuriey - said...

NICK IRFAN: yeker..hehe..
Fitrihadi: harap2 lah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.