RSS

Friday, December 3, 2010

Nak kurang subsidi, harga RON 95, LPG dan Gula naik


Baru hari tue petrol RON 97 naik,ingat kan lega RON 95 tak naik. Sekali naik juga harga petrol RON95 dari RM1.85 kepada RM1.90, naik 5sen. Patutlah banyak kereta masa isi minyak tadi. Rupa-rupanya tengah malam ni harga petrol akan naik.

Bukan sahaja harga petrol, harga LPG dan gula pun akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.

Inilah yang akan terjadi bila nak kurangkan kos subsidi kerajaan. Rakyat juga yang kena tanggung beban. Bagi yang berpendapatan tinggi memanglah tak rasa tapi bagi yang gaji ciput macam aku ni memang efek lah. Lepas ni kena banyak berdoa supaya gaji dinaikkan, kalau tak semputlah barang makin lama makin naik harga.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.