RSS

Thursday, December 16, 2010

Mentor 5 (Tarikh dan Tempat Ujibakat)


Tidak lama lagi program realiti TV3 Mentor musim ke 5 akan berlangsung. Para Mentor untuk musim ini telah pun diketahui. Mereka adalah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

Kriteria protege dicari adalah berusia antara 18 hingga 25 tahun, boleh menyanyi solo, ada pakej yang memikat mentor serta warganegara. Bagi yang tak dapat hadir di sesi uji bakat, peserta boleh menghantar demo nyanyian di www.tv3.com.my/mentor5.

Tarikh tutup penghantaran sebelum 10 Januari 2011. Sehubungan itu, lokasi uji bakat pertama Mentor 5 bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 18 dan 19 Disember ini. Diikuti, Merdeka Palace, Kuching, Sarawak pada 1 dan 2 Januari 2011.

Sesiapa yang ada bakat terpendam menyanyi dan minat Mentor diatas boleh mencuba nasib. Ujibakat bersama Mentor bertempat di Sri Pentas TV3 seperti berikut:

1. Afdlin Shauki - 15 Januari 2011
Kriteria: Mampu berlawak dan serba boleh di atas pentas('versatile')

2. Erra Fazira - 16 Januari
Kriteria: Calon itu perlu sanggup memberi sepenuh komitmen diperlukan

3. Noh (Hujan) - 22 Januari

4. Edry - 23 Januari
Kriteria: Mempunyai pakej sebagai persona bintang dalam genre muzik pop

5. Rahim Maarof - 29 Januari
Kriteria: Serius dan bersungguh-sungguh(genre rock)

6. Sharifah Aini - 30 Januari

All the best semua..TUNJUK AJAR KU SIFU



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

mie said...

wow!!!
nak kena try ni..
hehheeee

- zuriey - said...

mie: ada bakat try la..leh jadi artis nanti

alinac lover said...

waaa..besh

- zuriey - said...

alinac lover : suka mentor ke

Anonymous said...

hati nak juga try pergi ujibakat ni . kwn kwn pun suruh pergi .tapi tak tahu nak bawak lagu apa .

mizi said...

akum..mentor 5 kali mesti lebih gempak..sy da bersedia untuk mentor kali ni..yg terbaik untuk mentor kali ni..doakn kejayaan peserta2 mentor kali ni..

mizi said...

mentor terbaik..kali ni baru btul2 bersedia untuk mentor..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.