RSS

Wednesday, December 15, 2010

Konsert Permata Seni


Semalam berlangsungnya Konsert Permata Seni untuk khalayak ramai. Masuk PERCUMA je. Tapi kena ambil tiket dulu. So, hari tue ada ofismate aku bagitau pasal ni, kitorang pun apa lagi pergi lah ambil tiket ni. Yelah FREE je kan, siapa taknak. Memang tiket laku habis cepat.



Inilah tiketnya. Seorang dapat 4 keping. Konsert yang berlangsung 1jam setengah ini mempamerkan persembahan dari kanak-kanak permata.Ada 3 kategori persembahan, tarian, koir dan muzik.



Persembahan pertama iaitu tarian memang memukau. Syok tengok diorang ni joget zapin. Memang syok bila diorang gelek Bollywood, rancak betul. Ada lagi tarian-tarian lain tapi yang ni paling memukau pandangan.

Yang koir memang aku sangat terhibur. Terhibur dengan nyanyian kanak-kanak tue dan juga pembimbing diorang iaitu Syafinaz. Lenta lentuk badan Syafinaz masa conduct koir ni. Thumps up for the koir team.



Last sekali persembahan muzik. Yang ini best juga, kagum dengan kehebatan diorang bermain alat muzik. Paling hebat Tengku Irfan yang baru berumur 12 tahun tapi telah mengharumkan nama Malaysia dengan bakatnya bermain piano. Masa ni aku agak mengantuk sikit sebab tak berapa berahi dengar muzik yang dipersembahkan.


Lepas habis konsert, siap ada orang menemuramah kanak-kanak yang buat persembahan ni. Tapi tak tahulah dari stesen TV mana. Nanti korang tengoklah TV, mesti ada siarkan pasal konsert ini. Lastly, keseluruhan persembahan ni memang menghiburkan dan sesuai ditonton seluruh lapisan umur.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

puiyeel said...

Hi,

Terima kasih kerana blog tentang konsert ini, malam ini aku akan tengok siaran langsung di TV1 kerana tidak dapat tiket.

Nak tanya, adakah ada persembahan electone (organ)? Siapa yang mainkan?

Linglung said...

apa dan siapa yg ada kat konsert tu?

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.