RSS

Wednesday, December 1, 2010

Hasil tangkapan memberansangkan

This time aku nak kongsi kat korang pengalaman menangkap binatang. Kepada pencinta binatang, aku minta maaflah ye. Bukan niat aku nak menyeksa binatang. Aku pun kesian juga kat binatang. (terpengaruh dengan cerita Putera Katak). Rasanya tindakan aku ni memang wajar dan tidak salah disisi undang-undang..hehe

Sebelum aku merapu lebih jauh, nak tahu apa binatang yang aku berjaya tangkap. Adakah ikan?..No..no..no.. Adakah kucing? Itu juga tidak.. Nak tahu apa binatang itu, tengoklah gambar kat bawah ni.


Ini dia hasil tangkapan iaitu cencorot a.k.a tikus muncung panjang.

Masa aku balik kampung hari tu, memang tak henti-henti mendengar bunyi cencorot ni. Dah la bunyi time orang nak tidur memang mengganggu betul. Apa lagi, ayah aku pun pinjam perangkap ni dari atuk aku. Dan yang terkini laporan statistik dari adik aku, kami telah berjaya menangkap 10 ekor cencorot. Pencapaian yang agak baik..hehe.

Tak tahu berapa bilangan sebenarnya.Rasa macam banyak juga sebab mak aku pernah jumpa anak cencorot yang dilahirkan dalam tong sampah. Pandai cari port nak beranak. Mana datang entah cencorot ni. Ayah aku kata ada satu lubang persembunyian diorang ni tapi tak tahu lah kat mana.

Lepas dah tangkap adik aku buang kat tempat jauh sikit dari rumah (jangan datang balik sudah). Mula-mula ayah aku cadang suruh selam je cencorot tue dalam air tapi tak sanggup pula nak bunuh cencorot tue. Bak kata adik aku, cencorot tue pun ada keluarganya..cian kat anak bini dia..he3

P/S: Kalau cencorot ni ayam, lama dah aku sembelih buat sate.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

KimiCnoL said...

ee,gelinya..hehe..

JOM BACE ENTRY BARU
"1.Underground Nasyid??"

- zuriey - said...

KimiCnoL : saya pun geli

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.