RSS

Tuesday, December 28, 2010

Harga santan naik


Ada sahaja barang yang naik harga kali ni santan pula. Harga santan naik disebabkan kurangnya kelapa di pasaran. Walaupun kejadian ini dilaporkan di Teerengganu, tapi rasanya tak lama lagi mesti merebak ke tempat lain. Habislah kalau harga santan naik, harga makanan di kedai pun naik juga lah. Lepas ni tak boleh selalu makan kat luar untuk kurangkan kos.

Kelapa dikatakan berkurangan di Terengganu yang banyak mempunyai pokok kelapa, menyebabkan harga santan segar kini meningkat pada harga RM9 sekilo berbanding RM6 sekilo bulan lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hasan Jusoh berkata antara punca kekurangan kelapa ialah pekebun lebih banyak menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.

Beliau berkata harga runcit kelapa muda sekarang ialah RM2.50 sebiji sementara di peringkat ladang antara RM1.00 hingga RM1.50 sebiji.

Harga kelapa tua ialah 70 sen sebiji.

Beliau berkata kekurangan kelapa turut berlaku di negeri lain.

"Sehubungan kekurangan ini, kami sedang cuba mendapatkan bekalan kelapa dari pengimport untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA


Masaklah macam ni. Lepas ni harga barang apa pula lah yang naik..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

nazihahisa said...

harga gula naik, kurgkn gula
harga santan naik, kurgkn penggunaan santan

bagus jugak ye utk sihat.. haha

- zuriey - said...

nazihahisa: memang bagus tapi masakan tak rasa apa lah

tenangsudey said...

kene pakai santan kotak je la camni.. hehe

zaharin said...

santan kotak campur tepung ler

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.