RSS

Sunday, December 12, 2010

CerekaramaTV3: Dimana isteriku



Selalu sahaja berlaku cerita sebegini, bila ister yang baik ada di depan mata kita, kita perendahkan. Bila dah buat silap dan berjauhan baru timbul rasa bersalah dan ingin bertemu semula. Cerita Samarinda kali ini memang nampak biasa tapi banyak yang tersirat disebaliknya.

Sinopsis Dimana Isteriku


Drama Dimana Isteriku mengisahkan mengenai Borhan, ahli perniagaan berusia 55 tahun yang mempunyai isteri, Suhaili, dua anak lelaki, Suhaimi, Sofean dan anak perempuan, Shela. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia.

Borhan berasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini.

Borhan juga mengharapkan isterinya, Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga, tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi.

Selain anak-anak mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah.

Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua. Borhan yang kecewa dengan sikap Isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua.

Di rumah orang tua pula, Borhan berjumpa Seri dan Jali yang banyak mengajarnya erti hidup berkeluarga. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah kerana dibelenggu rasa bersalah dan peristiwa hitam yang menyebabkan anaknya terbunuh dulu.

Segalanya terungkai apabila Borhan bertemu semula dengan Munirah untuk meminta ampun. Rupa-rupanya anak yang dikatakan mati masih hidup tetapi mempunyai kecacatan. Munirah telah berbohong kepada Borhan dan anaknya Jali keran tidak mahu hidup merana lagi. Borhan amat bernasib baik kerana isteri dan anaknya telah mengampunkan kesalahannya dan sempat merasa bahagia dan insaf sebelum ajal tiba.


Pelakon: Eizlan Yusof (Borhan), Ziela Bakarin (Suhaili), Elly Suriati (Munirah), Balkisyh Semundur Khan (Seri), Ijoy Azahari (Suhaimi), Isma Yusof (Jali), Zarina Zainuddin (Ruby), Kefli AF (Sofian)

Nak tahu macam mana feel Eizlan Yusoff membawa watak Borhan dalam cerita ini, boleh jenguk ke blog beliau,di SINI. Keseluruhan touching juga tengok cerita ini. Hidup kita memang singkat, jadi jangan biarkan ia begitu sahaja.Mohon keampunanNYA sebelum terlambat.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

Lovely Bella said...

waa smlm bukan cite ni men ke kat tv3.. aku dh bukak tapi adek aku nak tgk cite len plak.. hohoho

- zuriey - said...

Lovely Bella: oo..tuelah kdng2 citer cerekarama tak best

Fitrihadi said...

ambik ikhtibar gak tengok cerita ni walaupun belum kahwin heehee

darkbatman said...

cte ne baru nk tayang kat samarinda ker?

mie said...

jarang melayan cerekarama..
heheeeee

- zuriey - said...

Fitrihadi: betul3
darkbatman : bukanlah..cerekarama ari sabtu lepas
mie: yeker..saya layan best je

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.