RSS

Tuesday, December 14, 2010

Bukan saman sahaja ada diskaun, hukuman pun ada juga


Pelik bila dengar menganai isu ni. Ingat saman je ke boleh dapat diskaun, hukuman pun boleh juga tau. Betul ni, kepada yang melakukan jenayah buat kali pertama di luar sana, kalau nak dapat diskaun ni, mengaku sahaja bersalah abis cerita.

"Konsep 'plea bargaining' atau tawaran pengakuan bersalah yang memberi peluang tertuduh menikmati hukuman ringan sehingga 50 peratus, akan dilaksanakan secara formal dalam prosiding mahkamah tidak lama lagi.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi berkata, pengurangan sehingga separuh daripada hukuman maksimum itu melibatkan semua jenis tuduhan jenayah termasuk kesalahan yang menetapkan hukuman mati mandatori.Konsep itu perlu dikuatkuasakan dalam tempoh 30 hari selepas dituduh."


Baik kan penggubal undang-undang kat Malaysia ni, tak sanggup agaknya nak tengok orang mati di tali gantung. Inilah dia undang-undang manusia. Akta boleh diubah mengikut peredaran masa dan situasi. Tapi ingat kalau terlepas undang-undang manusia, undang-undang Tuhan masih ada. Hukuman Allah tiada diskaun dah tidak boleh diubah.

Aku hanya menyuarakan pendapat yang aku tak berapa setuju dengan diskaun ni. Salah tetap salah. Kenapa pula nak bagi peluang pada mereka. Kalau diaorang takut pada undang-undang takkan diorang berani nak buat jenayah. Entahlah, takleh komen banyak-banyak wallahualam.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.