RSS

Saturday, November 27, 2010

Tambah ilmu ketika 'termenung'

Tempoh hari masa pergi rumah kahwin member, sempat jap singgah kat masjid sebab nak solat. Tapi before solat sempat jap membuang kat toilet.hehe. Satu yang bagusnya mengenai toilet ni, sambil kita buang apa yang patut tue ada bahan bacaan tersedia untuk kita. Tertampal kat muka pintu sekeping kertas megenai adab-adab dalam tandas.



Nampak ke tak? Meh aku senaraikan.. Rasanya banyak dah tahu tapi kadang-kadang kita terlupa.

1. Sunat mendahulukan kaki kiri apabila masuk tandas dan keluar dengan kaki kanan - Memang aku buat

2. Sunat membaca doa sebelum dan sesudah masuk tandas - Ni kadang-kadang terlupa gak sebab dah tak tahan sangat. Tapi lepas dah ingat tu terus baca.

3. Jangan masuk TANDAS dengan kepala dan kaki yang terdedah (tidak berlapik) - Kalau kat rumah selalu terlupa nak tutup kepala

4. Tidak membawa sesuatu yang tertulis padanya perkataan yang mulia seperti ayat-ayat Al-Quran. - Memang tak bawa

5. Sunat mengangkat pakaian satu demi satu ketika hendak duduk qadha hajat - Memang buat

6. Makruh melengah-lengah (duduk lama-lama tanpa keperluan dalam TANDAS) - Yang ni kadang-kadang perut rasa memang mengulas tapi tak pula keluar..hehe

7. Haram menghadap atau membelakangi kiblat ketika qadha hajat pada tempat yang tanpa ada pendinding. - Tak buat

8. Disunatkan tidak makan dan minum - Memang tak makan dan minum pun

9. Disunatkan tidak memandang kemaluan dan tidak memerhati apa yang keluar dari dua kemaluan kecuali kerana maslahat, tidak menggoyangkan atau memain-mainkan dengan tangan - Kadang-kadang 'ter'pandang gak..hehe..tak sengaja

10. Disunat berdehem sebanyak 3 kali selepas buang air kecil.- baru tahu, akan di applikasikan

11. Disunatkan tidak bersiwak (membersihkan gigi) - tak buat

12. Disunatkan tidak meludahi kencingnya. - rasanya tak buat gak

13. Disunatkan supaya berat anggota badan di bebankan ke bahagian kiri dan mengangkat atau meringankan bahagian kanan.- Ini pun baru tahu

14. Makruh buang air kecil ketika berdiri kecuali ada keuzuran- Yang lelaki ingat ni ye!

15. Disunatkan beristinjak dengan tangan kiri dan makruh menggunakan tangan kanan - Sememangnya!

16. Sunat memulakan membasuh kemaluan (hadapan) kemudian barulah dubur jika beristinjak dengan air. - Yeah

17. Sunat menggunakan jari tengah ketika beristinjak pada dubur. - Ok

18. Sunat dibasuh tangan yang digunakan untuk beristinjak dengan tanah dan seumpamanya (sabun) kemudian dengan air. - Ok



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

princeduyong said...

perkongsian yang baik...

-Si Riang-Riang- said...

aik ni gambar tangkap time tengah 'termenung' ka? hak3. dapat kosentret ke idak? lol.

Jey Yusuff said...

sekarang guna jamban duduk. macam mner nk berat belah kiri

NICK IRFAN said...

wah! hebat toilet masjid tu nnt nk buat jgk la kat jamban sy... hehe

- zuriey - said...

princeduyong : thanks
-Si Riang-Riang- : pas termenung tangkaplah..hehe
Jey Yusuff : guna kan kreativiti..hehe ni tuk tandas cangkung agaknya
NICK IRFAN: buatlah..nanti taklah cepat lupa

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.