RSS

Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse



9 bulan 10 hari aku bersama-sama ibu walau di mana sahaja. Diusungnya aku ke sana ke mari, di usapnya aku di sana di sini. Ibu dan ayah bagaikan tidak sabar untuk menyambut kelahiranku. Hari yang di nanti telah pun tiba. Aku disambut dengan gembira oleh mereka. Hari demi hari aku lalui bersama mereka dengan senda tawa, tetapi di mana silapnya hari yang aku lalui tiba-tiba ibarat mimpi ngeri buat diriku.


Sikap ayah kian berubah. Aku seperti tidak diendahkan lagi. Setiap hari ada sahaja bahagian badanku yang diratah oleh rotan. Yang paling tidak dapat ku tahan lagi apabila api rokok dicucur ke kulitku. Walau aku menangis teresak-esak, walau aku memohon untuk tidak dilakukan sebegitu namun ayah tidak mempedulikannya. Sampai bila aku harus hidup sebegini. Jika ku tahu beginilah keadaan aku semasa di dunia sudah tentu aku tidak mahu dilahirkan seketika dahulu.

-Hasil Nukilan Aku-



Sebenarnya aku memang tidak boleh tengok kanak-kanak didera. Memang akan rasa simpati. Yelah diorang masih kecil lagi, perlu bimbingan dari ibu bapa dan keluarga tetapi diperlakukan sedemikian rupa. Sepatutnya mereka diberi kasih sayang secukupnya. Memang tidak berperikemanusiaan, buat anak pandai tapi jaga anak tak reti pula. Paling tragis ada yang sanggup dera anak sampai mati dek kerana hal yang remeh temeh.

Harapan aku kepada mereka yang mempunyai anak jagalah anak dengan baik. Anak merupakan amanah tuhan. Jangan di dera anak itu secara fizikal atau mental.


Mari kita bersama-sama membanteras penderaan ke atas kanak-kanak.

unicef


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

darkbatman said...

kesiannyaa.. jom same2 sokong stop child abuse!

Sharinginfoz said...

kisah penderaan menjadi2,

Bro Framestone said...

bro pulak bakal bapak budak di masa hadapan

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

KimiCnoL said...

cian nya..lagi sedih kalau bace berita tentang ayah rogol anak..xda belas kasihan betol..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Lawak Johan dengan Zizan"

"2.Kelebihan Ayat Ruqyah"

NICK IRFAN said...

sian apa la dosa bdk2 tu..

- zuriey - said...

darkbatman :jom
Sharinginfoz : 2la..tak de belas kasihan lngsung
Bro Framestone: ready dah ke
KimiCnoL :yang rogol tu lagi tak tahu nak kata pe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.