RSS

Tuesday, November 30, 2010

Slot Lagenda TV3: Putera Katak



Seperti biasa, setiap permulaan ada pengakhiran. Cerita di slot lagenda TV3 sebelum ini, Ulek Mayang telah pun habis. Malangnya aku tak tengok ending cerita ni sebab terlalu bosan disaat-saat akhir. Asik teringat je kerjanya, mana aku tak bosan. So, sekarang cerita Putera Katak pula. Semalam tengok ada sikit bosan dan kelakar. Kelakar tengok scene katak yang kadang-kadang nampak kartun. he3 Salute kat Nora Danish sebab berani pegang binatang-binatang seperti iguana. Kalau aku minta maaf jelah, tak berani den.



Sinopsis Putera Katak

Cerita ini mengisahkan Putera Amar(Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya,Putera Zadora(Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.


Nora Danish memang comel, geram kadang-kadang tengok dia..hehe

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya.Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Apa yang akan terjadi seterusnya, sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ni.

Pelakon Putera Katak: Nora Danish,Zizan Nin,Fazren Rafi,Norseha,Bia Rameshan,Kaza,Puteri Sarah,Haniff Karamdin,Liza Abdullah,Hamidah Wahab,Mak Jah dan ramai lagi.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

tim said...

heee.~~~~~~` start tengok semalam..best.! nak tengok lagi petang nie

darkbatman said...

cite ne agak best cz ade nora danish..hehe..

hans said...

dah tgok petang semalam
agak menarik berbanding ulik mayang
petang nih tgok lagi

P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

- zuriey - said...

tim: lawak je tgk hehe
darkbatman: minat nora danish eh..saya pun
hans: 2la ulik mayang ngantuk je tgk

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.