RSS

Tuesday, November 16, 2010

Slot Akasia TV3 : Seribu Kali Cinta



Cerita baru yang menggantikan Chinta bermula semalam jam 6.30 petang di TV3. BAru episod pertama tak boleh nak komen banyak, tapi nampak macam not bad. Aku nak komen sikit pasal Chinta. Cerita ni memang laju betul, kalau miss satu episod memang tak faham terus. Kena rujuk semula pada orang lain. Anyway ending cerita dia memang boleh agak, senang je nak matikan cerita. Kira boleh tahanlah cerita ni. Cuma peringatan kepada semua jangan terikut-ikut benda yang tak sepatutnya ye.

Sinopsis Seribu Kali Cinta

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.



Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.


Pelakon : Kamal Adli, Intan Ladyana, Khiriah, Cat Farish, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Marsha, Aida Rahim, Shaharuddin Thambi dan ramai lagi.



Bila baca sinopsis ni, terus teringat filem mat saleh tajuk dia '50 first date'. Memang sebiji jalan cerita dia. Kenalah tengok Seribu Kali Cinta nak tahu kelainan dia dari filem mat saleh tu.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Kancilbiru said...

alamak semalam miss la drama tu..huhuhu

shaffique said...

50 first date memang best. tengok 50 kali pun x bosan. ;)


My latest entry : The Dipr - Sudu Khas Untuk Biskut Oreo

Noor Faezah Mazli said...

kaki drama ek ko ni. tak tau plak aku. heheh

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.