RSS

Friday, November 12, 2010

Shamrin Fotograf dan bekas jaguh lumba basikal negara meninggal dunia.


Ajal dan maut di tangan Tuhan, bila-bila sahaja kita boleh pergi mengadapNYA. Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung. Arwah dikatakan redah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali. Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.



Lain pula cerita bekas jaguh lumba basikal negara, Dawod@Daud Ibrahim 63, terbunuh selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 232.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga dipandu mangsa dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor, dilanggar dari belakang treler.

Bahgian masing-masing. Kita yang hidup ni tak tahu bagaimana cara kematian kita nanti. Kita hanya mampu berdoa semoga meninggal dalam keadaan yang sempurna dan beriman. Semoga keluarga arwahyarham tabah menghadapi pemergian mereka. Sama-sama kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

akubiomed said...

Takziah kepada kedua-dua keluarga. Moga-moga ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al Fatihah

armouris said...

alfatihah! info tentang kematian ketika bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

- zuriey - said...

akubiomed: amin
armouris: al-fatihah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.