RSS

Saturday, November 27, 2010

Review Movie: Rapunzel


Finally aku dapat juga tengok Rapunzel di pawagam walaupun mis dapat tiket free dari Nuffnang. Masa tengok promo cerita ni memang aku terus jatuh cinta, belum tengok filemnya lagi. Bila tengok cerita Rapunzel memang amat berpuas hati walaupun tak tengok dengan cermin mata 3d tue.

Sinopsis Rapunzel

Rapunzel seorang gadis yang memiliki rambut yang panjang dan mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit. Rapunzel merupakan seorang puteri yang telah diculik semasa kecil menyebabkan Rapunzel tidak tahu yang dia merupakan anak raja. Rapunzel yang di jaga oleh penculiknya (seorang ahli sihir) dari kecil hingga dewasa telah diasingkan dan ditempatkan di menara yang tidak ketahui oleh sesiapa. Dengan tidak sengaja Flynn Ryder(jejaka tampan) telah masuk menyelinap ke menara Rapunzel. Apa yang terjadi kepa Flynn dan siapakah dia yang sebenarnya? Apa lagi pergilah menonton di pawagam. Memang tak kering gusi, penuh dengan pelbagai emosi.


Mother Gothel yang penuh helah bersama Stabbington Brother. Apa agaknya ye muslihat mereka ni?


Teman baik Rapunzel yang sangat comel.


Ini dia mamat hensome Flynn Rider..


Kuda yang mempunyai tahap hidu yang bagus.


Scene yang cantik dan sangat romantik. Bila lah nak merasa scene macam ni.

Overall memang best cerita ni dan aku bagi 4/5 bintang. Apa lagi kalau bosan tak tahu nak buat apa hujung minggu, pergilah tengok Rapunzel.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.