RSS

Sunday, November 28, 2010

Review Movie: Ngangkung



Ikutkan aku memang tak berapa minat tengok cerita wayang cerita Melayu. Mak aku memang minat dengan cerita Melayu tetiba dia teringin nak tengok wayang setelah beberepa belas tahun. Jadi aku dengan adik aku pun temankan mak aku tengok Ngangkung. Penuh juga panggung time tue, tak sangka pula.

Sinopsis Ngangkung

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.


Mesti penat Sam ni buat muka serius dalam cerita Ngangkung

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.


Lawak tengok aksi sorang-sorang masa buat pemujaan..

Sampai bila hidup mereka sebegitu? dan apa akibat dari perbuatan mereka? Nantikan jawapannya di panggung berhampiran.

Secara keseluruhan, menarik tentang cerita ni ialah bab komedi. Memang banyak aksi yang kelakar yang mencuit hati. Selain tu, nampak biasa dan buat aku rasa mengantuk juga. Oleh itu aku bagi 3/5 bintang untuk filem ni.

Pesanan kepada semua, jangan ambil KTM ye. bukan Keretapi Tanah Melayu..

K- Kuda
T- Toto
M- Magnum

Jangan main nombor ekor atau lebih tepat dikenali sebagai judi...Ingat tu


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

azzey said...

Zuriey: Best citer nih! Dh tgk hr Ahad lps....

- zuriey - said...

azzey:lawak dia memang best lah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.