RSS

Monday, November 22, 2010

Review Movie: Harry Potter and The Deathly Hallow (Part1)


Baru berlalu minggu yang agak padat untuk aku.Selalunya aku memang tak tahu nak buat apa hujung minggu. Al-maklumlah dah cuti sekolah ni, memang ramai lah yang bernikah musim mengawan katakan..he3. Tapi sempat juga aku layan movie semalam. Memang tak miss tengok Harry Potter, memang suka. Salah satu movie yang aku wajib tengok bila keluar kat panggung. Penuh panggung semalam, nasib ada gak seat kosong. Tapi bila cerita dah start banyak je ruang kosong. Sengal tul.

Sinopsis Harry Potter and The Deathly Hallow (Part1)

Mengisahkan tentang usaha Harry dan rakan-rakan untuk menghapuskan Horcruxes dan juga dalam usaha mencari 3 benda yang paling berkuasa dalam dunia sihir. Di samping itu Lord Voldemort juga telah mengumpulkan semua kuasa-kuasa jahat dan berpakat dalam mencari dan menangkap Harry. Harry memang menjadi buruan di mana sahaja. Ron & Hermione sentiasa bersama Harry untuk menghapuskan Horcruxes. Cerita ni memang tergantung sebabnya akan bersambung dalam siri dua nanti pada tahun 2011.


Saat yang mendebarkan!!


Sweet couple Ron dan Hermoine. Ron ni lawak tul..Geli hati tengok watak dia


Geng-geng jahat yang bersetongkol dengan Lord Voldemort

Pengalaman tengok siri kali ni memang rasa macam tak sabar nak tengok siri sambungannya. 2 jam lebih juga ada kat pawagam, tapi memang tak terasa. Kali ini aku bagi 4/5 bintang. Memang tak rugi korang tengok tapi make sure nanti tengok sambungannya tahun hadapan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Lovely Bella said...

waaaaa.. nak tgk.. mmg x pnah miss.. and bace novel die.. tapi si bf x nak teman plak.. adeh kene tgk gak nih snsorang pun x pe..

azzey said...

Zuriey: mcm best je. nak tgk jugalah!

- zuriey - said...

Lovely Bella: g la tgk..
azzey : tgk jgn x tgk

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.