RSS

Tuesday, November 16, 2010

Pertemuan bersama blogger di BBQ Chicken, Wangsa Walk.


Hari Ahad yang lalu, aku pergi Wangsa Walk untuk berjumpa dengan Kak Ayu yang merupakan seorang blogger dan salah seorang sponsor hadiah bagi contest yang dianjurkan Kak Ina KL tempoh hari. Kira ni berjumpa sebab nak ambil hadiah iaitu cheese cake yang dibuat khas oleh kak ipar Kak Ayu ni. Dah plan 2,3 hari sebelum tue nak jumpa dan akhirnya bertemu jua.



Mulanya memang tak tahu nak lepak kat mana. Memang fullhouse semua restoren kat situ.Yelah dah nama pun hari Ahad, confirm ramai yang serbu. Lastly kitorang decide duduk lepak kat BBQ Chicken, first time masuk situ..huhu. Memang tak tahu nak makan apa, kebetulan baru lepas makan so order ice cream jela..Dah lama tak makan ice cream rasanya.



Lepas tu mula lah sesi perkenalan dan ramah mesra dengan Kak Ayu dan sekeluarga. Rupa-rupanya Kak Ayu ni cikgu TESL lagi tue. Mantap weh, nanti boleh belajar English dengan Kak Ayu. Lama dah aku tak speaking London, rasanya mau berterabur bila cakap.



Memang happening family Kak Ayu ni, anak dia Imran memang petah bercakap. Baru je umur 5 tahun tapi cakap macam orang besar. Husband Kak Ayu pun friendly and boleh tahan kelakar. Memang keluarga bahagia lah.



Ada lagi seorang blogger yang aku jumpa masa tue. Pada mulanya aku memang lah tak kenal siapa dia ni. Rupa-rupanya dia ni otai blogger juga. Orang yang dimaksudkan ialah Wan Mus.Wan Mus merupakan pemenang kedua untuk contest Kak Ina. Wan Mus ni businessman rupanya, kerja sendiri. Jangan tak tahu ada master lagi tu. Memang power lah, siap ada bagi tips lagi tu. Tapi macam tak abis je nak korek rahsia dari Wan Mus, rahsia kejayaan.hehe.. Tahniah juga kepada Wan Mus akan dapat baby tak lama lagi.


Tak sah kalau tak bergambar untuk kenangan. Bukan senang nak jumpa mereka ni. Lepas ni tak tahu bila boleh jumpa. Best gak buat mini gathering macam ni.


Inilah dia Cheese Cake yang aku dapat hari tue..YUMMY..

P/S: Terasa kerdil bila berdiri bersama mereka..huhu



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Noor Faezah Mazli said...

Best nyer. >.<
Tahniah dapat hadiah.

darkbatman said...

tahniah dpt adiah.. sonok gak jumpe blogger ne kan.hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.