RSS

Friday, November 19, 2010

My Magical Journey

Kali ini aku nak kongsikan kepada semua satu rahsia yang aku simpan selama ini. Aku terpaksa mendedahkan rahsia ini kerana mahu kongsi bersama-sama korang. Kisah ini terjadi beberapa bulan lalu di mana aku telah mendapat amanah melalui mimpi untuk pergi ke satu tempat. Rupa-rupanya tempat tersebut merupakan rumah peninggalan rumah moyang aku. Dalam mimpi tersebut,moyang aku menyuruh aku mencari sebuah almari antik dan mencari Captain Joe di situ.



1. Inilah almari antik yang dikatakan oleh moyang aku. Rasanya bernilai almari ni, tengok sahaja ukirannya. Tapi nak buat apa dengan almari ni. Aku pun membuka almari tersebut.

2. Terpesona sebentar apabila aku membuka almari tersebut. Almari ajaib rupanya. Tanpa berfikir panjang aku menyiapkan bekalan dan pakaian dan terus masuk ke dalam almari tersebut.



3. Ternyata dunia ini amat berbeza. Aku memang tak tahu ke mana ingin di tuju.

4. Nasib aku agak baik berjumpa dengan sejenis makhluk. Nak kata manusia tak pula sebab berekor, nak kata binatang muka pula macam manusia. Makhluk itu telah menunjukkan jalan bagaimana aku ingin bertemu Captain Joe.



5. Setelah puas mencari, akhirnya bertemu juga aku dengan Captain Joe dan rakan-rakannya. Captain Joe memberitahu yang aku bahawa aku dihantar untuk menolong mereka kerana mereka tak cukup kakitangan dalam peperangan nanti.

6. Kami pun mengatur strategi untuk peperangan nanti. Pening juga kepala aku mendengarnya.



7. Hari peperangan sudah pun tiba. Kalau korang nak tahu, aku sebenarnya ditugaskan menyediakan makanan untuk mereka masa peperangan. Sabar jela, itu sebabnya gambar aku takde masa diorang tengah berperang.

8. Akhirnya pihak kami menang. Walaupun hanya jadi sebagai biro makanan aku tetap berbangga dengan kemenangan ini.



9. Selepas itu, Captain Joe mengajak aku menaiki kapal mereka untuk meraikan kemenangan. Memang besar kapal tue, first time aku dapat naik kapal sebesar itu.

10. Walaupun sumbangan aku masa perang tak sebesar mana, Captain Joe tetap mengucapkan terima kasih kerana sudi bersusah payah membantu mereka. Kemudian, aku dihantar semula ke dunia sebenar.


Amacam? Best tak pengembaraan aku ni. Bukan senang nak dapat. Anyway ini memang rekaan semata-mata. Ini merupakan contest Nuffnang dan juga GSC-EON Bank www.gsc-eonbankcard.com. Hadiah dia memang best..

Hadiah Utama x 1: 1 Sony Ericsson Xperia™ X10 berharga RM1,999

Top 20 : 2 GSC 3-D Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (8 December 2010 starts at 8.45 pm)

Consolation Prize x 90: 2 GSC Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (8 December 2010 starts at 9.30 pm )

Jom join!!!


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

Just said...

Good luck!

Mcmana u buat tu? Ajar bleh? ;p

NICK IRFAN said...

wah! mcm btol2 plak cerita ni? habat awak create cte ni...

Syafrizal said...

hehe rajinnya dia buat jalan cerita..

mie said...

jauh sungguh pengembaraan..
gud luck..

- zuriey - said...

Just: thanks..ajar wat pe? kena buka kelas nanti..hehe
NICK IRFAN: yeker..thanks
Syafrizal: tetiba dapat idea
mie: memang jauh..jenuh rasanya

Just said...

tutorial ye.. ;p

Isdawati Ismail said...

congrats... dpt primer tickets...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.