RSS

Thursday, November 18, 2010

Lagi pasal Celcom Broadband aku!!!


Sebelum ini aku ada buat entry pasal Celcom Broadband aku yang dah tak boleh guna lagi tue. So hari ini dapat email kena minta bayar bil dengan segera. Aku pun pelik nak bayar macam mana tak dapat bil. Then aku pun bertanya lah di careline@celcom.com.my, berapa kena bayar dan macam mana nak bayar.

Aku dapat call dari Celcom yang sebenarnya nombor aku di daftar under Celcom Online Customer Service, dia terangkan lah pada aku apa yang aku kena buat. Anyway aku pun baru tahu pasal ni. Masa register dulu takdelah orang tue bagitau. Rupa-rupanya aku kena sign up ke sana dan segala detail akan disediakan. Dah takde bil yang akan dihantar ke rumah, semuanya online.

Bila dah signup kena lah pula tunggu temporary password yang akan dihantar ke email atau no celcom broadband. Sampai sekarang belum dapat lagi password tu kat email. Kenalah cek broadband balik nanti. Aduh, menyusahkan betul.

Yang aku geram tu napa masa aku beli broadband ni takde pula diorang cakap kena daftar online bagai. Sabar jelah. Tak pasal-pasal dah kena hold tak boleh nak guna internet.. GERAMNYA!!!!!MEMANG SENGAL..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Noor Faezah Mazli said...

better guna broadband maxis kot...

cik helena said...

saya baru tenringin nak [pakai line celcom..

- zuriey - said...

Noor Faezah Mazli: bil celcom pun lum bayar lagi..huhu
cik helena : pakailah kalau nak dapat experience camni..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.