RSS

Sunday, November 7, 2010

Lagi nahas melibatkan bas ekspress Transnasional



Rasanya baru sahaja dengar berita kemalangan melibatkan bas ekspres Transnasional. Tidak sampai 24 jam satu lagi nahas melibatkan bas tersebut. Apa nak jadi ni, macam kena sumpahan pula. Yang terbaru kemalangan berlaku di Kilometer 12 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis.

Kemalangan yang berlaku pukul 11.45 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kematian. Namun, tiga daripada penumpang bas itu parah termasuk salah seorang dipercayai anggota bomba hancur kaki kirinya.Selain mereka, lima penumpang lain termasuk seorang wanita hamil yang cedera kini dirawat di Hospital Kuala Lipis (HKL).


Punca kejadian dipercayai pemandu hilang kawalan semasa tiba di tempat kejadian. Bas itu melanggar pondok bas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

P/S: Mesti reputasi bas yang terlibat dengan excident ni akan menurun selepas ni.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Jey Yusuff said...

risau plakkat ayah. seorang driver transnasional

Bokshi said...

Eh, yeke? ape nak jadi la. Menakutkan jer, Nasib takde yang maut.

Lovely Bella said...

huhu takut laa nak tgk kemalangan2 nih.. aku lemah semangat!

- zuriey - said...

Jey Yusuff: yeker..suh dia berhati-hati bawa bas ye..
Bokshi: 2la..dah takdir agaknya
Lovely Bella : aku pun,,,takutkan

Wawa~* said...

rasa tkut lak nowadays kalo nk naik bus ekspress ni... huhuhuhu. susah la kan kalo nk travel + malas nk drive...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.