RSS

Friday, November 26, 2010

Kempen gilap bakat mat rempit


Mat Rempit atau lebih manis dikenali sebagai Samseng Jalanan kini mempunyai platform yang bagus untuk menunjukkan bakat mereka. Bakat terpendam Mat Rempit ni akan digilap sehingga menjadi seorang pelumba professional.

Program Ride It Right – Kempen Kesedaran Sosial Pemotoran Peringkat Kebangsaan 2010/2011 dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Eramaster Resources dan UMW Penzoil Distributors.
Ride It Right yang bermula di Pulau Pinang pada 11 Disember ini sebelum menjelajah ke seluruh negara akan menyediakan peluang untuk kaki motor menampilkan kemahiran masing-masing dengan cara lebih selamat.


Rasanya sebelum ni ada juga kempen sebegini tapi tak tahulah berhasil ke tak. Agaknya ramai Mat Rempit taknak join may be sebab feelnya lain berlumba di highway dengan di litar. Kalau secara haram ni lagi mencabar agaknya sebab ada banyak halangannya.

Kepada Mat Rempit kat luar tue sudah-sudahlah merempit. Buat merbahayakan nyawa je. Entah apa yang best sangat agaknya, selalu jadi buruan polis adalah. Sekarang ni baik join kempen ni, sebab pemenang berpeluang mengikuti latihan intensif di Akademi Perlumbaan Ride It Right, seterusnya digilap menjadi pelumba profesional sama ada dalam sirkit tempatan atau antarabangsa.

‘Mat Rempit – Tunggang... Jangan Tunggang Langgang’.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

12 comments:

hafizmd said...

memang ade jugak dengar kempen macam ni sebelum ni...hrapnya..ramailah mat rempit sedar akan kekurangan pemikiran mereka dan join program ni...

moge mat-mat rempit tidak lagi meyempit dan tersepit di jalan raya

intanurulfateha said...

hehe lawak je name kempen ni :P

Lovely Bella said...

heheh hope mat rempit bace entry nih.. biar dorang tau.. hehehe :)

Jey Yusuff said...

jey mat basikal. boleh join ker

-Si Riang-Riang- said...

udah-udah ler merempit sambil buat kesesakan di mate2 penggune jalan raye len. dah la memekak. entah ape yang nak ditunjuk entah. annoying! tapi kalo da de program ni hope diorang ni dapat la amek manfaat ye dok?

fiezaradzi said...

tul.. ramai yg merempit suka rempit di jln raya dari litar yg selamat tu..

geram lau de dpn rumah esp kt kg dibuat tmpat rempit.. anak nk tido pun susah..

Bijen M. said...

Gua sebagai seorang bekas mat rempit nak bagitahu yanh mat-mat rempit ni sebenarnya seronok bila orang tengok dia orang buat aksi.
Seronok lepak-lepak dengan member-member sambil layan cikaro.
Benda ni culture, bukannya hobi.

NICK IRFAN said...

hrp2 dgn kempen ni boleh kurangkan mat rempit...

nil said...

mat rempit lg dikejar polis, lg suka.
cuba polis dh tk kejar, mesti hidup diorg mula bosan.

Faiz said...

mmg ade tempat..mube dorg nie xde peluang..sbb dorg pn xde modal..mybe la kot..=)

p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

kak ina kl (1) said...

bila tenguk motor ni teringat arwah anak buah yang meninggal sbb accident motor.

nanti klu jumpa kamu akak bagilah t shirt tu yer

- zuriey - said...

hafizmd : harapnya mat2 rempit ni ambillah peluang ni
intanurulfateha : dalam lawak ada makna yang dalam
Lovely Bella: harapnya lah..ke diorang sibuk merempit
Jey Yusuff: try la mana tau leh jadi pro mat beskal
-Si Riang-Riang-: hope diorang nampaklah kebaikan kempe ni
fiezaradzi : 2la nyusahkan org
Bijen M.: kat litar pun ada orang tgk, cikaro lagi cantik
NICK IRFAN: mudah2an
nil : pelik tul diorang ni, suka susahkan polis
Faiz: nak seribu daya
kak ina kl: yeker kak.. malang memang tak berbau..anyway betul ke nak bagi t-shirt, rasa cam tak caya..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.