RSS

Monday, November 22, 2010

Drift di Lebuhraya Karak


Hari Sabtu yang lepas, aku dengan member pergi rumah kawen member U aku kat Chini, Pahang. Pada mulanya plan nak pergi bertiga tapi tup2 member yang sorang tu kena pula training hujung minggu tue. Lastly aku pergi berdua jelah. Pukul 8 pagi dah bertolak dari KL. Yelah pengantin cakap perjalanan mengambil masa 4 jam, tu yang keluar awal. Kalau tidak, alamat dah habis majlis baru sampai rasanya.

Nak ke Pahang memang takde choice lain selain ikut Karak atau Segamat. Takkan nak ikut Segamat lagi jauh, nak kena patah balik. Jadi aku n member ikutlah Karak. First time aku drive ikut Karak, memang jalan dia mencabar betul. Macam ular kena palu. Rasa siapa yang minat drift boleh lah try bakat kat situ. Nasib baik masa lalu Karak tak hujan, risau masa lalu kat situ.


Akhirnya jumpa juga tanda nama ni..

Boleh tahan jauh juga rumah pengantin. Entah mana-mana jalan aku redah. Nasib baik tak tersesat kat Tasik Chini. Tepat jam pukul 1 aku sampai kat rumah pengantin. Sempat juga bergambar sebelum dia bersanding. Anyway pasangan mempelai ni memang aku kenal. Diorang ni bercinta dari sekolah lagi dan alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin juga.


Mr and Mrs Zainal

Tema warna merah dan putih. Cantik pelamin dan pengantin. Teruja pula aku melihatnya. Pengantin perempuan nampak sedih sikit aku tengok. May be sebab terlalu gembira. Yelah hari yang ditunggu telah pun tiba.


Inilah wakil kelas masa U yang datang. Ramai tak datang sebab alasan jauh. Macam tue aku kahwin pun diorang tak dapat datang juga lah.

Lepas ni tak tahu turn siapa pula, tapi dengar-dengar tahun depan macam ramai lagi yang kahwin. Semua dah ambil nombor giliran, aku je yang belum ambil lagi.hehe..Takpelah bagi diorang dulu. Memang letih perjalanan hari Sabtu yang lepas. Tak sangka aku boleh pulun drive 4 jam pergi dan balik Pahang-KL dalam satu hari. Kebetulan member aku tak reti nak drive. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Balik tue memang terus cari bantal, letih bangat..


To my beloved friends, Hafizah dan Zainal, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Semoga cepat-cepat dapat baby...:-)


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Noor Faezah Mazli said...

salute ar kat ko leh drive jauh2. tak macam aku. hohoho

- zuriey - said...

Noor Faezah Mazli: aku mula takut gak tapi beranikan juga diri..kalau sorang tak leh r

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.