RSS

Monday, November 1, 2010

Derma Organ Demi Sebuah Kehidupan



MAKLUMAT PROGRAM PROMOSI DERMALAH ORGAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

Apakah itu pendermaan organ?
Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplantasi) selepas meninggal dunia.

Apakah itu Pendermaan Organ (Transplantasi)?
Merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.
Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu yang didermakan dan membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?
Organ - Jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan pankreas
Tisu - Injap jantung, tulang, kulit dan kornea

Bilakah organ dan tisu si penderma boleh dipindahkan?
Organ yang dipindahkan diperolehi dengan kebenaran waris daripada penderma yang telah meninggal dunia (juga dipanggil penderma kadaverik) yang organnya masih lagi boleh diguna pakai. Bagi pemindahan buah pinggang atau hati, pendermaan organ daripada orang yang hidup juga boleh dilakukan tetapi hanya dibenarkan daripada kalangan keluarga sahaja.

Bagaimanakah pemindahan organ dijalankan?
Proses pemindahan organ dan tisu adalah suatu pembedahan yang bersih dan steril. Pembedahan dijalankan oleh pakar bedah yang berpengalaman.Perolehan organ serta tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak akan mengalami sebarang kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat, tanggungjawab serta tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.

Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia.
Agama – agama lain di dunia (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) menyokong
pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperoleh dari tubuh penderma,jenazah akan dibersihkan, dikhafan dan diserahkan kepada waris penderma secepat mungkin.

Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah seorang pengikrar penderma organ?
Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit-pesakit lain.

Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ?
I. 18 tahun ke atas
II. 18 tahun ke bawah perlu dapatkan kebenaran dari ibu bapa
III. Warga asing

Pengikrar yang mempunyai penyakit seperti berikut tidak sesuai untuk menderma:
a) Penyakit berjangkit seperti HIV/ Hepatisis C
b) Barah
c) Penyakit sistemik kronik

Keterangan lanjut layari Pusat Sumber Transplan Nasioanal


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.