RSS

Sunday, November 7, 2010

CerekaramaTV3: Aku bukan ANDALUSIA


Ingat tak lagi ANDALUSIA ialah singkatan bagi Anak Dara Lanjut Usia, memang semua wanita nak elak dari mendapat status tue. Tapi jodoh ditangan Tuhan, kalau dah takdir nak buat macam mana. Cerita ni memang agak mencuit hati apabila seorang anak murid bercinta dengan gurunya, cinta yang terlarang akhirnya ke jinjang pelamin juga. Itulah dia kuasa Tuhan, walaupun sudah lanjut usia tetap dapat bertemu cinta pertama.

Sinopsis Aku bukan ANDALUSIA

Kisah mengenai Rosa yang berstatus anak dara tua (anak dara lanjut usia atau andalusia) yang bertemu jodoh pada usia 40-an.

Semuanya bermula apabila Rosa bercinta dengan guru sekolahnya sendiri. Bagaimanapun, cinta mereka terhalang kerana Rosa juga masih di bangku sekolah lagi ketika itu.

Namun, Rosa akhirnya bertemu jodoh juga dengan bekas teman lelakinya yang sudah berusia itu ketika mereka berjumpa di Tanah Suci Makkah.

Pelakon: Erma Fatimah, Datuk Rahim Razali, Rashidi Ishak, Fahrin Ahmad, Didi Alyas.

P/S: Sejak akhir-akhir ni banyak pula cerita lakonan Datuk Rahim Razali, lagi-lagi dalam memegang watak lelaki tua yang miang. Tapi memang mantap lakonan beliau..Serba boleh


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

tolonglaaa dapatkan puisi aku bukan andalusia dlm drama tuh

- zuriey - said...

patunghujan a.k.a cik teruterubozu : kena tanya kat penulis skrip dia..hehe

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

sy wakilkan cik zurie utk bertanya, blh?

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.