RSS

Monday, November 1, 2010

Cara untuk menjadi seorang penderma organ

Mudah sahaja!!



Kedua-dua bahagian Kad Pengikrar dilekatkan di hadapan dan belakang Kad Ikrar Penderma Organ. Poskad ini boleh didapati di pejabat-pejabat Pos terpilih.



1. Lengkapkan maklumat peribadi anda dan lain-lain maklumat yang diperlukan di dalam Kad Ikrar Penderma Organ beserta Kad Pengikrar Pendermaan Organ seperti di atas.


2. Tanggalkan kedua-dua bahagian Kad Pengikrar Pendermaan Organ dari Kad Ikrar Penderma Organ. Cantumkan dan jangan lupa untuk sentiasa membawa kad ini bersama anda.

3. Lekatkan setem 60 sen pada Kad Ikrar Penderma Organ dan masukkan kad ke dalam peti pos untuk dihantarkan kepada Pusat Sumber Transplan Nasional di Hospital Kuala Lumpur.

Di manakah untuk mendapatkan kad pendaftaran tersebut?
Kad Ikrar Penderma Organ boleh diperolehi di tempat-tempat berikut :-



Borang pendaftaran juga boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan berhampiran ataupun mendaftar secara online di laman web Pusat Sumber Transplan Malaysia

Adakah ada sebarang bayaran pendaftaran?
Tiada bayaran dikenakan atas niat anda untuk melakukan kebajikan.

Apakah ganjaran atau keistimewaan yang akan diperolehi oleh pengikrar pendermaan organ?
Niat ikrar anda adalah secara sukarela demi membantu kesinambungan sebuah kehidupan. Tiada keistimewaan atau ganjaran material yang ditawarkan.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.