RSS

Friday, November 12, 2010

ASNB pelaburan untuk masa hadapan


Semalam aku sempat mengikuti seminar berkenaan ASNB yang diadakan di company aku. Sekali sekala dengar mengenai isu kewangan ni bagus juga. Kita boleh merancang kewangan dengan baik nanti. Yelah sekarang ni semuanya nak kena guna duit even nak melabur dalam tandas pun kena 30 sen. Masa depan kita tak tahu lagi macam mana kan, kenalah merancang dari sekarang (bukan merancang anak eh).

Bila bercakap mengenai perancangan kewangan ni, ada pula yang akan bersuara

"Simpanan KWSP kan ada..apa nak dirisaukan?"

Adakah KWSP mencukupi buat korang bila dah bersara nanti? Secara purata, Simpanan KWSP bagi tujuan persaraan hanya akan bertahan selama 10 tahun.

Kaji selidik KWSP (2003):
70% daripada ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun akan menghabiskan semua simpanan mereka hanya dalam masa 3 tahun.

"Simpanan KWSP tak cukup? Tak perlu risau, saya ada Simpanan Tetap. Should be ok."

Bagi menampung perbelanjaan bulanan sepanjang tempoh persaraan, dengan simpanan tetap sebanyak RM500,000 berapa lama kita boleh bertahan?

Yang terbaru ASNB boleh membantu mengoptimumkan simpanan KWSP. Kelayakan melabur bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP:

- Ahli KWSP dan belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5000 melebihi baki simpanan asas dalam akaun 1, kWSP
- Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi simpanan asas dalam akaun 1
- Jumlah minimum yang boleh dilaburkan RM1000
- Pelaburan boleh dilakukan setiap 3 bulan daripada tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam akaun 1.
- Perlu membuat pendaftaran pelaburan : 100 unit bagi ASN2/ASN3/ASG
- Pelaburan boleh dilakukan di semua pejabat-pejabat ASNB di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut layari website KWSP ataupun ASNB.

Bagi aku, pelaburan ni penting untuk masa hadapan. Bila dengar ceramah tu, rasa banyak benda yang tak tahu pasal ASNB ni.Last event tue dapat cenderahati dari ASNB.



Ada satu rahsia dapat masa ceramah tue, kalau rasa-rasa bank ada tawarkan interest yang rendah korang kena check it out. Takut ada benda lain yang tersembunyi. Anyway sekarang ni banyak pinjaman untuk ASNB ni, ianya memang nampak macam menguntungkan bila kita dapat pulangan nya tapi sebenarnya tidak. Seeloknya buat potongan gaji ke ASNB kalau takut duit gaji lesap macam tue sahaja.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

12 comments:

Just said...

I baru jer last mth kot melabur yg pelaburan baru tu. actually takde la baru sgt.. dah lama dah.. ke aku yg silap.. ape2 pun sbb msh baru blm dpt 'hasil' lg.. heheh..

Wanzi said...

Nanti ambil hadiah diblog saya. tq

BeaN MorENo said...

hehe jom melabur...apa lagi ke blog matjoe kita

Zezebel said...

menyimpan dengan cara potongan gaji..kalau tak buat begitu, memang tak tersimpan duit..huhu...

e5 said...

eloklah kalu merancang dari skrg...untuk kesenangan kita jugak...nahaiiiii

kak ina kl said...

salam zuriey..nanti hantar banner kat blog yanmie.com yer..dia nak letak kat blog dia.

NICK IRFAN said...

hmm.. menarik jgk ASNB ni...

Sharinginfoz said...

bagus simpanan untuk masa depan cuma instrumen kita perlu pilih sebab some people masih was-was dengan ASB in term of shariah compliant

al-lavendari said...

salam ziarah.

benar ASNB pelaburan yang paling selamat dan pulangan yang terjamin.

nur said...

celik masa hadapan dgn melabur ni ye..
ALL IN ONE

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua lebih suka simpan emas selamat

- zuriey - said...

Just: lama dah ker,,,saya baru tau sebenarnya
Wanzi: hadiah..tq so much
BeaN MorENo: jom terjah..
Zezebel : 2la..kalau tak tgk2 habis dah duit
e5 : yezza
kak ina kl: caner nak hantar kak..ok tq for remind
NICK IRFAN: menarik dan buat kita tertarik
Sharinginfoz: 2la..tak tahu mana dilaburkan duit tue
al-lavendari :a'ah..betul3
nur: celik? yelah ada backup nanti
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : simpan emas kat ne..jaga2 takut hilang nnti

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.