RSS

Thursday, November 11, 2010

Anak yang ambil exam, mak pula yang nervous


Keputusan UPSR sudah pun keluar tepat jam 10 pagi tadi. Tahun ni anak buah aku ada ambil UPSR. Memang berdebar juga nak tahu keputusan dia, tapi aku boleh agakla berdasarkan keputusan dia sebelum ini.

Pagi tadi aku mesej kakak aku, sebelum keluar keputusan UPSR. Yang tak tahan kakak aku bukan main nervous. Allah sahaja yang tahu, macam dia pula nak pergi ambil keputusan sendiri. Anak pertama ambil exam, confirm lah cuak juga kan.

Kakak aku pergi ke Sek. Ren Keb. Setiwangsa nak ambil result anak dia, di samping nak tahu berapa ramai yang dapat 5a di sekolah tu. Dari pagi aku tunggu, pukul 12 tadi aku mesej balik dia. Rupa-rupanya ramai yang dapat 5a kat sekolah tue, semuanya 106 orang.Fuyoo.. Patutlah kakak aku senyap je. Lama nak menunggu rupanya.



Keputusan yang dinanti-nantikan. Anak buah aku bernama Muhammad Zharif Adham telah berjaya mendapat 5A. Tahniah aku ucapkan. Budak ni memang bijak, no wonder dapat 5A. Tak sia-sia kakak aku marah dia hari-hari.Sebagai auntie dia aku pun rasa berbangga dengan pencapaian anak buah aku. Tak tahulah lepas ni kakak aku nak hantar dia kat sekolah mana. Anyway tahniah sekali lagi kepada anak buah aku dan semua pelajar yang berjaya.




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

Bijen M. said...

Ha ha.
Hantar masuk maahad cepat.

azzey said...

zuriey: tahniah utk anak buah ye....:)

MOFASAD said...

akak

kitew dapat 5a!

conok cangat taw!

Lulu caldina said...

Wah tahniah buat dia..

- zuriey - said...

Bijen M.: rasa hari2 macam nak antar sek agama
azzey: tq azzey
MOFASAD: yeker dik..tahniah eh..hehe
Lulu caldina: tahniah gak..tq

akubiomed said...

Biasalah mana ibu mempunyai perasaan macamtu. Termasuk isteri saya :-) Anak saya periksa darjah 1, maknya tanya;'Periksa boleh buat' Si anak balas, 'Boolehh' jawapan yang biasa dengarkan

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.