RSS

Monday, November 1, 2010

Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000


Sejak akhir-akhir ni banyak betul artis yang turun naik mahkamah. Sebelum ni AC Mizal bernasib baik kerana tidak dipenjarakan. Kali ini giliran Ameng Spring pula tetapi dia tak bernasib baik seperti AC. Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu.

Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun.

Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Beliau turut menolak dakwaan Ameng bahawa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur kerana menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut.

Zaki memberitahu, sekiranya Ameng gagal membayar denda tersebut, dia akan dikenakan hukuman empat bulan penjara.

Sumber- mStar Online

P/S: Napa ye artis-artis ni ambil dadah? Tension sebab dah tiada job ke?




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

ray ban said...

tapi lagu2 dia masih lagi terbaik

- zuriey - said...

ray ban: suara dia memang best

Zezebel said...

Hmmmmm...
artist kan? dah memang jadi kebiasaan dorang ni. Tak hairan.

intankuterpilih said...

dorg nie nak cepat kaya..tu yg mcm2 tu, yg lelaki sebok ngan dadah, yg pompan sebok jadi pompan simpanan...

Jejaka Terhangat said...

masukkan dadah dalam badan..

lain ke ngn istilah isap dadah??

- zuriey - said...

Zezebel: kebiasaan? yeker..takleh lah jadi artis camni
intankuterpilih: jual dadah memang kaya tapi amik dadah kaya gak ke
Jejaka Terhangat: entahler..cara dia lain kot

raybanuk said...

great job, thanks for keeping us updated~~~

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.