RSS

Thursday, October 7, 2010

You Again?

poster


You Again? Memang selalu ungkapan ni akan keluar time kita terserempak dengan member sekolah dulu especially yang pernah sakit kan hati kita. Biasa lah masa budak-budak dulu ada je yang tak puas hati kan. Teringat aku masa sekolah dulu, nak tahu apa ceritanya? Teruskan membaca..hehe

Alkisah dahulu masa aku sekolah menengah memang pergaulan antara lelaki dan perempuan terbatas. Kira tak ngam lah lelaki dengan perempuan. Tak bertegur sapa pun, tegur kalau gaduh ada lah.heheh



Nak di pendekkan cerita ada seorang budak junior sekolah(perempuan) aku merangkap budak bilik aku ni admire dengan sorang budak lelaki sebaya aku. Kira ni kes junior minat dengan senior dalam diam-diam (secret admirer la ni). Aku pula diberikan tugas oleh budak junior aku ni untuk kirim salam kat budak lelaki tersebut.

Pada mulanya aku malas nak layan tapi budak junior tue asik request benda yang sama je bila aku balik dorm, naik rimas aku dengar. So, aku pun pergilah sampai kan salam kat budak lelaki tue. Kalau nak tahu budak lelaki tue memang kerek teramat time aku sampaikan salam tu. Macam kacak sangat.



Masa aku sampaikan salam tue, budak lelaki tue ada lah cakap sesuatu yang menyakitkan hati aku. Kira macam orang terhegeh-hegeh sangat lah dengan dia. Aku tak ingat apa ayat yang dikeluarkan budak laki tue. Yelah dah berzaman citer ni. So, since dari hari itu aku malas dah nak jadi orang tengah and memang benci amat kat lelaki itu.

Abis tingkatan 5, aku dapat offer lanjutkan pelajaran kat Matrikulasi. Dapat matrik Perak. Sememang aku tak sangka dapat sama dengan budak lelaki tue, sengal betul. Memang menyampah bila dapat tahu sama dengan dia.

Masa matrik tue aku selalu gak contact budak lelaki ni. Yelah selalu balik kg sama-sama. Kalau tak,takde aku nak contact. Kebetulan naik bas yang sama. Aku pun tak tahu masa bila aku start tangkap cintan dengan budak laki ini. May be bila dah lama-lama contact tue mula rasa dia ni baik orangnya.



Last-last masa masuk u, aku pun luahkan perasaan aku kat dia. Tapi dengan hampanya aku telah direject. Uwa..sedih gila masa tue. Mula-mula macam tak dapat terima, lama gak amik masa nak lupakan dia. Sekarang ni dia dah bertunang pun dengan orang lain. Aku je yang belum tunang lagi.

Tuelah orang kata jangan benci-benci nanti jadi sayang. Memang kena kat aku. Tengok padahnya membenci orang. So, lepas ni kalau nak benci, benci orang yang kita suka..hahaha..

So, budak laki ni memang special bagi aku. Bila terdengar nama budak ni terus teringat kisah lama ni. Yelah mana tak nya dari musuh dia pernah bertahta di hati aku. Oops!! Terlebih sudah..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

8 comments:

NICK IRFAN said...

tetiba teringat pmpuan yg sy benci kt skola dulu... hehehe

- zuriey - said...

NICK IRFAN: jngn2 benci sgt nanti jadi syang lak

Fara Dee Dilah said...

ouh..si encik soulmate sy ni budak plg sye benci ms skola rendah dlu..dah besau ni dah jd buah hati lak..hihi

Syafrizal said...

benci jgn sampai full
sikit2 je hehe

NICK IRFAN said...

tu la pasal skrg dok tringat org yg sy bnci sbb skrg bila di pikirkan balik rasa syg plak kt dorg? menyesal pun ada dulu x ske dorg... hehe

Lovely Bella said...

ermm..aku pun sll jatuh cinte pade org yg aku benci.. and sll nyer aku benci.. tanpe sebab yg munasabah.. ehehhe :)

Fitrihadi.com said...

saya benci awak!!!!

- zuriey - said...

Fara Dee Dilah: yeker..lebih kurang lah kite..
Syafrizal: 2la..kalau tau xde nak benci full
NICK IRFAN : benci tanda sayang..hehe
Lovely Bella: benci tanpa sebeb? memang suka sebenarnya tue
Fitrihadi.com : i hate u too

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.