RSS

Thursday, October 28, 2010

Wadi Hadramawt


Ini bukan entry pasal maut ye..Kali ni nak buat entry pasal makan-makan, jalan-jalan cari makan versi aku. Semalam aku dan ofismate telah menjamu selera di sebuah restoren Arab. First time aku makan kat sini, orang belanja tau. Tue yang seronok, makan sampai pening. Kalau aku ada duit aku rasa aku tak pergi makan kat situ. Sebabnya tak kena dengan tekak aku, nasi dia memang banyak rasa nak termuntah bila makan banyak-banyak nasi tanpa kuah.

Inilah menu yang di order semalam, mampu atau tak je nak habiskan. Pesan aku kepada sesiapa nak makan nasi Arab kat sini, elok satu pinggan tue dikongsi dua orang.


Lamb Mandy. Sesiapa yang mengidam nak makan kambing boleh order ni.


Chicken Mandy. Sesiapa yang tak boleh makan kambing makanlah ayam ni.


Ini dia Lamb Madghout. Berbelit lidah nak menyebut.


Macam-macam warna air, mangga, anggur dan tembikai. Air anggur dikisar bersama biji. Terasa biji-biji tue bila diminum.


Macam roti canai, tapi roti ni kena makan time panas-panas, kalau dah sejuk nanti liat.


Pencecah untuk roti, rasanya agak masam. Aku tak suka..


Inilah dua kuah penambah rasa untuk nasi, sambal belacan dan kuah dalca.



Kepada sesiapa yang nak ubah selera, boleh lah rasa makanan Arab di Wadi Hadramawt.

Address: No 226 Jalan Ampang. Between Sucasa Hotel & Petronas (agak tersorok dengan jualan kereta mewah di hadapannya)



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.