RSS

Sunday, October 10, 2010

UPSR dan PMR diubah format bermula 2016

Akhirnya isu pemansuhan UPSR dan PMR telah pun terjawap. Kedua peperiksaan ini tidak akan dimansuhkan sebaliknya format baru akan dilaksanakan mulai 2016. Lama lagi tu 2016, ada 16 tahun lagi. So, kepada student yang bakal ambil exam ni, jangan terlalu releks k, exam ni still ada.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016.

Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.

"Maka pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya selepas bersarapan pagi dengan media Malaysia dan para pegawainya di sini hari ini.


Rasanya format baru akan lebih kepada praktikal daripada teori sahaja. Kemahiran kan penting bila nak cari kerja nanti.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.