RSS

Wednesday, October 27, 2010

Tsunami Indonesia: 154 terbunuh, 400 masih hilang


Tsunami melanda lagi. Kali ini gempa bumi yang kuat telah menyebabkan tsunami di barat Indonesia. Sekurang-kurangnya 154 terbunuh manakala 400 yang lain masih hilang. Gempa bumi sekuat 7.7 magnitud itu berlaku di Pulau Mentawai di barat Sumatera dan menghasilkan ombak setinggi sehingga tiga meter.

Teringat pula kejadian tsunami yang menimpa Malaysia dulu. Aku masa tue kat matriks Perak. Terasa juga gegaran nya, memang semacam. Naik meremang bulu roma ni. Risau janganlah cakap, macam-macam ada dalam fikiran.

Harapnya, semua yang ada kat sana sabar menghadapi dugaan Allah ini. Sama-sama kita berdoa untuk mereka di sana, semoga sejahtera sentiasa.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.