RSS

Monday, October 25, 2010

Tips tidur dengan nyenyak



Tips ni khas buat mereka yang susah nak tidur malam ataupun tak boleh tidur dengan nyenyak. Kalau aku takyah guna tips ni, pantang dapat bantal.he3 Ni tips dari Dr Fadzilah Kamsah, ada slot dia sekejap masa rancangan Jangan Tidur Lagi malam semalam. Tips yang ringkas dan mudah diamalkan.

1. Buat senaman di waktu petang. Nanti kita akan terasa letih bila malam hari dan mudah untuk tidur.

2. Makan malam sebelum magrib. Biasalah kalau dah makan mesti cepat rasa ngantuk, macam ular sawa. he3 Makan awal, rasa ngantuk pun cepatlah.

3. Tidur dalam keadaan gelap. Tutup lampu bilik tue bila nak tidur. Bila dah gelap nanti mata pun terlelap juga.



4. Tidur mengiring ke kanan, kalau boleh muka mengadap kiblat. Posisi ini seolah-olah kita dah dikebumikan dalam kubur.

5. Makan coklat sebelum tidur. Yang ini baru aku tahu, coklat ni memang banyak khasiat. Rasa kalau stress pun makan lah coklat, insyaallah kurang sikit stress.

6. Jangan dengar lagu masa tidur. Yela, dah telinga tue bingit macam mana nak tidur. Lagi satu kalau tak silap Dr Fadzilah Kamsah kata takut nanti susah nak mengucap kalau datang ajal. Mungkin terganggu dengan musik. Wallahualam.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Bijen M. said...

Dah makan cokelat jangan lupa gosok gigi.
Ha ha ha.
Nanti berulat pula.

Syafrizal said...

amalkan mengkudu..
kerana mengkudu akan memperbaiki hormon melatonin yang mempengaruhi tidur kita. cukup ke tak cukup ke.. kualiti ke tak berkualiti ke

faiz said...

yang pentingnya bnyakkan baca al-quran..ada pengalaman tak tidur 3 tahun
KISAH PEMUDA TAK TIDUR 3 TAHUN......

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.