RSS

Friday, October 29, 2010

[Semanis Madu]- Kahwin singkat



Kahwin singkat ni dalam kata lain perkahwinan yang tak tahan lama. Sekarang ni ramai yang berkahwin beberapa bulan, beberapa tahun lepas tue bercerai. Macam artis-artis kita ni lah banyak juga kes sebegini. Pelikkan orang dulu-dulu jarang kita dengar berita cerai berai ni tapi la ni salah sikit je cerai.

Bagi aku masalah kahwin singkat ni selalunya di sebabkan 2 faktor iaitu perwatakan kita sendiri ataupun dari persekitaran kita.

Faktor Perwatakan (Perangai)
- Ini disebabkan oleh kurangnya sifat sabar dan tolak ansur dalam perkahwinan. Ada tue cerai bukan atas sebab yang munasabah. Pasal ubat gigi pun boleh bercerai, pasal tak masak nasi pun boleh cerai. Maksudnya si suami perlu lebih tenang kalau bergaduh tue. Jangan di sebabkan marah teramat terus jatuh talak.

Faktor Persekitaran (Keluarga)
- Kalau boleh kahwin biarlah dapat restu dari ibu bapa dan keluarga. Tambatlah hati mereka dulu sebelum berkahwin. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya. Macam mana kita nak hidup aman kalau kita buat ada sahaja yang tak kena di mata mereka.



Pada mereka yang nak berumahtangga, fahamkan dulu tanggungjawap yang bakal korang sandang nanti. Perkahwinan bukan untuk suka-suka. Ilmu agama perlu didalami bukan sahaja semasa kursus kahwin tapi sehingga bila-bila. Lagi satu bila dah kahwin nanti jangan lupa sentiasa berdoa untuk kesejahteraan bersama dan kekal hingga ke akhir hayat.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

bdk bucuk :P said...

Tq for sharing this info.
Takut la plak nk kawen.. huhu..

MASA said...

kalau tak kahwin timbul fitnah..
lepas kahwin elak fitnah..
masih lagi bermasalah..
biasa berlaku kat artis.

Syafrizal said...

ada lagi.. keberkatan dah hilang
dan mungkin juga kena sihir hehe

Anna Boleyn said...

boleh jadi jugak diorang main kawen je tak kenal betol2 dulu. tp ada jgk yg knal punya la lama. bila kawen cepat je bercerai macam kes biego dulu tu.

- zuriey - said...

bdk bucuk :P: welcome
MASA : kena pandai jaga diri,
Syafrizal: kalau kena sihir tue means dtg dari org luar
Anna Boleyn:tue lah bercinta bagai nak rak, tapi kahwin kejap je. kena ada tolak ansur

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.