RSS

Friday, October 15, 2010

[Semanis Madu]- Kahwin Dah, Nikah Belum


Lama dah tak tulis pasal isu keagamaan ni. Yela bab ni mana boleh main hentam je kan. Silap cakap buruk padahnya. Hari ini sambung balik, tapi ini hanya pendapat dari aku. Kalau ada sesiapa tak setuju ke marah ke terasa ke aku minta maaflah ye. Ini sekadar renungan bersama.

Anyway aku ni kalau time tak tahu nak buat pa teramat sangat aku suka spend time chatting. Bukan sahaja dapat kenalan baru tapi dapat juga tahu perangai dan trend terbaru diorang. Ada tue dah kawen pun masih berchatting lagi. Yela memang tak salah nak cari kawan ramai-ramai tapi baik tumpukan perhatian kat isteri dan anak-anak.

Nak dipendekkan cerita, kalau ada yang dah berumur atau lebih tua dari aku, aku suka tanya status diorang single or married. Jawapan yang paling best "Kahwin dah, Nikah belum lagi". Ni status baru, kejut gak masa first time dengar.

Bagi aku status orang camni memang tak komited dengan perhubungan mereka. Mungkin ada sesuatu yang telah terjadi menyebabkan mereka jadi begitu. Mereka mungkin hanya ingin berseronok sahaja, sampai sanggup mengenepikan hukum Allah.

Tapi tak terfikir ke kesan dan akibatnya untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Sampai bila kan nak status camtu. Ada ke orang nak terima mereka yang berstatus begitu. Yang paling penting, kita ni bukan tahu bila ajal kita. Kalau sempat taubat nasuhah alhamdulillah, kalau tak kenalah jawap sendiri.

Panjang pula aku membebel. Nasihat aku, jangan permainkan hati orang kelak nanti kita akan dipermainkan. Lagi satu jangan terlalu kebaratan, hidup sosial camni takkan sampai ke mana. Jangan menyesal di kemudian hari.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

Anna Boleyn said...

salam..

setuju..masing-masing pon dah besar. boleh pikir baik buruk sesuatu.... jagalah akhlak.

p/s ;ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa...
tak pe lah demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. tanda penghargaan :) Thank you so much! :)

Just said...

chatting sekadar for fun takpe tp klu dah terover limit smpai lupe anak bini tu mmg tak leh nk trima!

NICK IRFAN said...

eh! nikah dgn kwin ape beza???

tim said...

ada yg sengaja lupa status diri tu dah kawen anak 5..!!

Faiz said...

dunia sekarang ni..mcm2 dh jd...ish3..

p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

- zuriey - said...

Anna Boleyn : 2la..dh bsar kena lagi bijak
Just : betul tue
NICK IRFAN: bezanya kalau dah nikah hubungan dah halal tapi kalau kawin tapi tak nikah hubungan still hram
tim : tak sedar diri namanya
Faiz: da nak akhir zaman

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.