RSS

Wednesday, October 13, 2010

Siapa yang jual no handfone aku ni!!!


Siapa entah punya angkara ni. Sejak akhir-akhir ni aku selalu dihubungi oleh no yang tidak dikenali. Semuanya nak kenal dengan aku. Yang peliknya mana diorang dapat entah nombor aku. Bila ditanya diorang semua kata dapat dari Mlife. Mlife tue apa menatang tue?

Rupa-rupanya setelah dikaji, Mlife ni satu laman sosial, leh chat gak rasanya. Sesiapa nak cari kawan ke awek ke boleh cari kat situ. Siap ada letak no fon lagi tue.

Aku sebenarnya baran betul dengan orang yang guna no aku ni. Apasal pula nak letak no aku. Korang nak kenal pakai lah no sendiri. Ntah sapa-sapa yang telefon aku, semua tanya pasal benda yang sama, ambil no dari Mlife.

Pastu ada sorang budak yang contact aku tue kata siap ada gambar lagi tue. Tak tahulah gmbar siapa tapi guna no aku. GERAM tul!! Macam-macam background orang yang contact aku, budak sekolah pun ada. Ingat sekali dua je tapi dah berkali-kali terjadi.

Aku bukan apa takut eksploitasi maklumat aku je. Sebelum ini handfone dan laptop aku pernah hilang. Harap-harapnya takdelah orang yang kianat dengan aku. Kepada si dia yang guna no aku ni, kalau terbaca entry ni please ubah no tu ye..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Syafrizal said...

bukan awak sorg je
saya pun kena..
macam mana tele marketer boleh dapat no saya

Don & Nor said...

almk..kesianlah hai....x baik tul wat mcm tu kan.

Khaizarien said...

popularnya dia

sis dulu pun terkena juga. tetapi dengan mat bangla mana..

ajak couple

gila apa

Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

Asai said...

TIPS ~ next time kalau kena call lagi... bgtau je yg awak ni Cif Inspektor Aliza dari Balai Polis Bukit Aman.. sure drg x kacau awak lagi.. hehehe..

- zuriey - said...

Syafrizal: yeker..mana ntah diorang amik
Don & Nor: 2la..siapa ntah punya keje
Khaizarien: popular mendanya,,buat sakit pala je..hehe..wah advance betul mat bangla tue
Asai: good idea..hehe thank you

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.