RSS

Sunday, October 3, 2010

S Anpalagan, seorang lagi ahli perniagaan hilang

Sejak kes kematian Sosilawati, seorang demi seorang yang tampil buat aduan berkenaan kehilangan ahli keluarga merangkap ahli perniagaan yang berkaitan dengan peguam (suspek utama kes Sosilawati). Banyak rupanya yang kehilangan ahli keluarga. Tak tahu lah berapa angka sebenar orang yang dibunuh oleh peguam tersebut.


JAYANTHY menunjukkan gambar Anpalagan yang hilang sejak setahun lalu dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Allal di Banting.

S Anpalagan, 43, hilang sejak 4 Ogos tahun lalu dan dipercayai kali terakhir dilihat berada di Banting, Selangor untuk berjumpa rakannya. Menurut S Jayanthi (isteri), Anpalagan mempunyai empat hektar tanah di Banting, 174 hektar ladang kelapa sawit di Rawang dan beberapa hektar tanah lagi di sekitar Ipoh, Perak dan Sungai Petani, Kedah selain sebuah syarikat kewangan dan penternakan.

KAITAN SUSPEK DENGAN KES LAIN

1) Kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain.

2) Kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja Allal Kanthan dari Chennai, India.

3) Kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah dan seorang rakannya.

3) Turut dikaitkan dengan satu lagi kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang mati ditetak di hadapan rumahnya di Banting, tahun lalu.

4) Disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), K Celladuran, 50, yang ditembak dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru, pada 8 Mac lalu.

P/S: Target suspek ni memang semua yang berharta. Berapa banyak harta agaknya yang dia nak kumpul. Dah lah semua hasil dari penipuan.

Sumber: Kosmo dan Metro Harian

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

MISH LOLIPOP said...

gila betul la. Dah macam dalam drama lak. Bunuh2 nie dah macam hobi suspek lak

NICK IRFAN said...

wah! hilang lagi! adoiyai... lps ni brapa org lagi yg hilang...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.