RSS

Saturday, October 30, 2010

Rina,Juara Gadis Melayu 3


Rasanya semua dah tahu akan juara bagi program realiti Gadis Melayu musim ketiga iaitu Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25 dari Subang Jaya, Selangor. Sayang semalam aku keluar jadi tak berkesempatan nak tengok rancangan yang disiarkan secara langsung semalam. Tahniah aku ucapkan kepada pemenang, yang tak menang pun tahniah juga kerana dapat sertai rancangan ni.

Banyak betul hadiah yang dimenangi oleh Rina antaranya hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.



Sementara Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, mendapat gelaran naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer bernilai RM7,000 dan jambangan bunga.Tempat ketiga dimenangi oleh Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang memenangi wang tunai RM1,000, barangan Singer RM5,000 dan jambangan bunga.

Harapnya gadis-gadis Melayu ni dapat tunjuk contoh tauladan yang baik. Agak-agaknya kalau aku masuk Gadis Melayu 4 nanti ada chance tak nak menang? Ceh, berangan lebih. Sekali tak lepas peringkat ujibakat pun..hehe


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Zezebel said...

Salam Kenal.
Tahniah kepada pemenang. Bukan senang tu nak menang hadiah macam tu banyak kan?
Jumpa lagi.

hiro said...

hii..

Encik Tikus said...

bangge kott, blogger jugak keh keh keh

- zuriey - said...

Zezebel : a'ah kena sntiasa usaha
hiro: hi
Encik Tikus : malatop kalau blogger dapat jadi juara Gadis Melayu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.