RSS

Saturday, October 23, 2010

Review Movie: You Again


Kalau anda boring atau stress, nak hilangkan kebosanan anda bolehlah datang ke pawagam berhampiran layan cerita YOU AGAIN. Bagi aku cerita ini merupakan hiburan buat seisi keluarga. Ada je adegan yang melucukan buat anda tak kering gusi.

Sinopsis You Again

Marni (Kristen Bell) seorang PR yang telah dinaikkan pangkat pulang untuk meraikan majlis perkahwinan abangnya (Jimmy Wolk). Marni rasa terkejut bila abngnya ingin mengahwini musuhnya (Odette Yustman) semasa sekolahnya dahulu. Marni memang mempunyai kisah dibuli oleh musuhnya semasa sekolah dahulu.Dalam diam-diam ibu Marni (Jamie Lee Curtis) dan makcik pengantin perempuan juga merupakan pesaing yang hebat semasa sekolah dahulu. Apakah yang akan terjadi dengan perkahwinan abang Marni nanti? Adakah perkahwinan akan diteruskan? Adakah mereka akan berbaik semula?

Nak tahu jawapn kepada soalan-soalan ni, datanglah ke pawagam berhampiran.Untuk cerita yang mencuit hati ini, aku bagi 3.5/5 bintang. Kira taklah rasa rugi sangat tengok cerita ni di pawagam.


Nenek yang kelakar


Antara adegan tak puas hati antara mereka


Mom VS Aunty




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

NICK IRFAN said...

mcm best je tgk sinopsis cye ni nnt nk try tgk la...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.