RSS

Saturday, October 9, 2010

Pengguna Gen2 dan Satria Neo, sila periksa kenderaan anda


Perhatian kepada semua pengguna Gen2 dan Satria Neo keluaran 2004 hingga 2008,sila periksa ‘clock spring’ kenderaan anda. Kalau tak tahu apa tue ‘clock spring’, boleh tanya ke pusat servis Proton atau isi borang ini. Jika terdapat kerosakan komponen 'clock spring', cepat-cepat baiki, takut mengundang kemalangan pula nanti.

Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.Kereta Gen2 dan Satria Neo yang ditarik semula ini hanya membabitkan model spesifikasi lengkap yang dilengkapi beg udara dan kawalan ‘cruise’ dan tidak membabitkan kereta pemanduan manual.

PROTON juga membuka pusat servis di Ibu pejabatnya di Shah Alam dan Pusat Servis PROTON Mutiara Damansara, esok bagi memudahkan pengguna melakukan penggantian.


Memang bahaya ni.. Macam mana lah boleh terlepas pandang ni. Mana lah orang nak support kereta buatan Malaysia kalau camni jadinya.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.