RSS

Saturday, October 16, 2010

Mengaku bersalah dan memohon maaf. Hukuman tidak setimpal.


K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, telah mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Mereka juga meminta maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat serta mengaku telah insaf.

Selain itu kedua-duanya telah dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap tuduhan yang diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada awal bulan September lalu.


BUKTI...kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa dibawa ke mahkamah, semalam.

Bagi Rita anak sulung Sosilawati, hukuman ini tidak setimpal dengan penderitaan ibu dan mangsa yang lain yang telah dibunuh dengan kejam. Yela walaupun mereka tidak membunuh si mangsa tetapi mereka juga bersubahat dengan pembunuhan tersebut.

Bagi aku kalau dah tahu bersalah kenapa tak dilaporkan kepada pihak polis awal-awal.Aku pun rasa yang mereka juga patut dapat hukuman lebih berat, mereka pun sekejam pembunuh tersebut.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.