RSS

Wednesday, October 20, 2010

Melaka Maju 20.10.2010.20:10


Hari ini tepat jam 2010 (waktu 24jam) Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development). Bangga juga aku sebagai anak jati Melaka. Kalau tak silap ada secara langsung pengisytiharan Melaka Maju di TV3 malam ni. Tapi kalau nak rasa feel lagi boleh sama-sama memeriahkan Majlis Melaka Maju 2010 di Stadium Hang Jebat pukul 8.10pm.

Tahniah aku ucapkan kerana dapat juga direalisasikan Melaka Maju. Kalau nak tahu maju ke tak Melaka ni, korang datang sendiri kat Melaka. Aku pernah dengar ada orang cakap Melaka dapat anugerah sebab bersih. Betul ke tak aku tak tahu lah.

Memang tak dinafikan sumber utama Melaka ialah pelancongan. Kalau pergi bandar hilir tue memang ramai lah pelancong dalam dan luar negara. Siapa yang lama tak pergi jangan terkejut pula bila datang sana, memang banyak perubahan di lakukan. Dulu kurang pusat beli belah tapi sekarang ni, korang tak menang tangan dan kaki nanti. Bukan apa takut rambang mata, banyak sangat yang nak dibeli nanti. Tak silap beca pun dah upgrade guna solar. Nak rasa naik beca, datanglah Melaka.


Cantik gak Melaka waktu malam. Aku yang duk Melaka ni pun tak pernah tengok scene ni.


Lepas ni,target Melaka nak jadi Negeri Teknologi Hijau. Hope will be come true. Aku tunggu je. Tapi jangan buat idea yang pelik-pelik sudah.




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Shahiran said...

Tang mane yang majunye Melaka nih ye? Kat A famosa depan muzium tu yela, tapi byk lagi yang biasa-biasa. Kadang2 pelik gak status maju tak maju nih. Sebab yela, syok maju tapi penduduk macam tu juga. Sebab time tadika dulu bila sebut maju je dah bayang kereta terbang, airbus, bangunan semua moden berkaca tinggi2, semua orang hidup senang, ala2 star wars gitu. Tapi skrg 2010 satu pun takde, sama je ngan dulu.. kereta still pakai tayar minyak, rumah design je moden tapi sama je ngan rumah biasa, bas gak ne ada airbus, keretapi masih tak laju, takde lak screen dimana2..

cik helena said...

baru tahu berita ne td,,hehe

Anna Boleyn said...

ni yang buatkan den nak pergi teroka melaka ni.. :) congrats to melaka. ntah bila n9 nk jd ngeri maju. heheh :

- zuriey - said...

Shahiran: status maju tue bukan kita yang iktifaf. kira maju la melaka berbanding dulu. lagi stu apa yang awk gmbarkan tue, amik masa sikit nak capai.
cik helena : yeker..he3
Anna Boleyn : datang jgn tak datang.

Bijen M. said...

Hari tu pergi Melaka pusing tak jumpa pun segala tempat-tempat menarik tersebut.
Sebab ikut signboard ke Bandar Melaka.
Hampeh!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.