RSS

Friday, October 29, 2010

Mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian


Satu lagi kes bunuh yang kejam, satu mayat gadis dijumpai di dalam beg dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang. Tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian.Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kemungkinan mangsa merupakan remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun.Polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

Kes ini sama seperti kes Nurin yang ditemui di dalam beg pakaian. Bila dengar berita-berita pembunuhan kejam macam ni buat aku takut nak keluar seorang diri. Hari-hari ada sahaja kes jenayah yang dilaporkan. Kadang-kadang rasa macam dah tak selamat duduk kat Malaysia ni. Yang tak bersalah menjadi mangsa.

Polis masih menyiasat kes ini, harapnya kes ini dapat diselesaikan segera seperti kes Sosilawati. Penjenayah berbahaya begini memang tak boleh dilepaskan. Takut nanti ada lagi yang akan menjadi mangsa.

P/S: Jangan-jangan pembunuh yang sama dengan kes Nurin.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.