RSS

Wednesday, October 6, 2010

Lokasi pembunuhan Sosilawati, Ladang Gadung berhantu


Mistik memang mistik. Dikatakan sejak pembunuhan Sosilawati, penduduk tempatan diganggu oleh suara-suara misteri pada waktu malam. Adakah itu suara misteri Sosilawati meminta tolong? Ei seram sejuk dibuatnya.

Semalam berita TV9, pihak wartawan telah pun mencuba sendiri keadaan di situ dari jam 12 sehingga 4 pagi. Tetapi mereka tak pula dengar suara misteri dan juga tidak menemui sebarang benda yang aneh.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan dakwaan sesetengah pihak termasuk anggota polis yang bertugas di ladang milik suspek utama pembunuhan Sosilawati diganggu suara misteri meminta tolong.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata yang ini semua hanyalah cerita kosong sahaja.

Kalau nak tahu kebenaran cerita ni, pergilah ke ladang tersebut dan rasainya sendiri. Takpun suruh team Seekers try buat pengambaran kat situ. Bagi aku benda ghaib ni memang wujud tapi kalau nak kata suara tu suara Sosilawati mungkin bukan. Yela selalunya tempat-tempat pembunuhan dan kawasan gelap ni memang tempat jin bertendang. Jin-jin ni suka tempat macam tue.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

Lovely Bella said...

ermm... ntah tmpt tuh dh byk org kene bunuh.. hhuhuhu seram...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.