RSS

Saturday, October 16, 2010

Yalal Chin meninggal dunia sakit jantung


Seorang lagi penggiat seni tanah air, pelakon Yalal Chin telah menghebuskan nafas terakhir pada pukul 12.15 pagi tadi. Arwah meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.Allahyarham yang berasal dari Melaka dibawa ke kampung halaman untuk disemadikan.

Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

Sama-sama kita sedekahkan Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

MOFASAD said...

best dia nie berlakon
alfatihah

Fitrihadi.com said...

alfatihah..

- zuriey - said...

MOFASAD: a'ah..da sampai ajalnya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.