RSS

Monday, October 11, 2010

Kemalangan ngeri 10.10.10



Tarikh 10.10.10 bukan sahaja tarikh bersejarah buat pengantin baru malah juga tarikh bersejarah buat mangsa-mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam. Pastinya bukan ini yang kita kehendaki untuk diingati.

Seramai 12 orang meninggal dunia, 9 orang lelaki dan 3 orang wanita manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah.Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.



Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya dan berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh van,Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain.



Kesesakan teruk semalam kerana laluan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa. Semoga semua ahli mangsa yang terkorban sabar dalam menghadapi dugaan ini. Allah lebih menyayangi mereka. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Bro Framestone said...

tragis tue...

eh awat iklan kta blog mu ade rupa lain ek...

ke dapat BE nie he...23x

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

darkbatman said...

aie x brani nk tgk lame2..video 2 pun aie x tgk..seram pun ade.. lemah semangat pun ade..

- zuriey - said...

Bro Framestone : yeker..ada lain ke..tak perasan lak
darkbatman : 2la..camne lah kan mangsa yang selamat tue mesti truma

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.