RSS

Sunday, October 31, 2010

Kelantan menang Piala Malaysia



Frust betul semalam bila Negeri Sembilan kalah di tangan Kelantan. Aku nak tengok sangat Kelantan kalah..Marah orang Kelantan baca statement aku ni nanti. Tahniah kepada pasukan Kelantan menang 2 - 1 pada saingan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berbaloi kedatangan penyokong Kelantan sejak dari pagi semalam untuk menyaksikan perlawanan ni. Semalam aku ke Bukit Jalil hantar member ke Stesen Bas, memang jalan jem. Sepanjang jalan nampak orang pakai baju merah je. Memang bersemangat betul diorang ni.

Nampaknya badi The Red Warriors selama 40 tahun telah berakhir. Pasukan Negeri Sembilan jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan. Satu je aku tak suka masa tengok perlawanan semalam, belum habis game sampah dah bersepah di tepi padang. Selain itu, penyokong dah mula membaling mercun ke padang. Nampak sangat tak profesional, janganlah terlalu emo sampai macam tue sekali.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

::fatihahanapi:: said...

rezaki klantan tahun ni..tahun depan mane taw fezeki n9 plak..he3

Zezebel said...

Nasib baik takde gaduh-gaduh...

kerangRebus said...

i pyokong hobin jang hobin ye...
sib bek klntan menang..kalau tak nnt ade lagi jadik arwah..hhuu..anyway, thniah pada pemain klantan :)

Syafrizal said...

tahniah pada penyokong dan pasukan Kelantan

mohd saifulnizam said said...

tahniah kelantan...heheh
biasa la tu fans kelantan fanatik sangat...
terbaik lah

- zuriey - said...

::fatihahanapi:: tuela bagilah dia menang
Zezebel: kelantan menang taklah gaduh
kerangRebus :me too..bguslah diorang menang
Syafrizal: tahniah..
mohd saifulnizam : memang fanatik

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.