RSS

Saturday, October 2, 2010

Jimmy Shanley selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani



Siapa yang terkenal dengan Jimmy. Jejaka tampan yang mengendalikan rancangan Akademi Fantasia 8 dan sebelum ini menjadi hos Trek Selebriti telah selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.



Hantaran daripada pihak lelaki sebanyak 9 dulang berbalas 11 dulang oleh pihak wanita yang terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam ini di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Dengarnya majlis resepsi mereka ni bernilai hampir setengah juta. WOW!! Yelah buat dekat KLCC, confirm mahal. Anyway, tahniah juga diucapkan kepada Jimmy dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

P/S: Trend baru duit hantaran sekarang ni guna tarikh lahir pula. Siapa yang lahir 30/31 nampaknya banyak la nilai hantaran dia..hehe..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.