RSS

Wednesday, October 13, 2010

Highway Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka berhantu


Benarkah kejadian kemalangan di Simpang Ampat tempoh hari ada kaitan dengan isu ini? Ada yang mengatakan pernah melihat kelibat wanita berpakaian putih. Seram pula aku dengar. Dahlah memang laluan aku balik Melaka. Lepas ni kena balik siang lah, taklah terserempak dengan kelibat tu.

Aku rasa kemalangan hari itu bukan disebabkan kelibat wanita tue. Bagi firasat aku, kemalangan tersebut mungkin disebabkan kelajuan atau keadaan bas itu sendiri. Bab kelibat wanita ni, orang yang tertentu je boleh nampak.

Berbalik kepada isu hantu tue, kemalangan maut Ahad lalu dikaitkan dengan kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat.Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Benda dah jadi kan, yang tahu punca sebenar ni driver bas Delima tapi dia pun dah terkorban juga. So, macam-macam andaian yang boleh dibuat.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

IKRAM said...

Macam tu pulak :D lepas ni kena la bagi driver bas yg tk takt pada hantu..

Last post:
pasang banner percuma! 125 x 125

- zuriey - said...

IKRAM: tue lah..hantu lak yang kena

Syafrizal said...

pernah seorang bekas pemandu bas ekspress bagi tahu saya mereka memang kejar masa... tu sebab bawak macam pelesit

- zuriey - said...

Syafrizal: bas sekarang memang bawa laju..cuak tngok

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.